Thursday, February 20, 2014

Cousin's weeding was fun

HELLOOOOO
I had so much fun on my cousin's wedding. Sebab family besar so meriah sangat2. Malas nak update banyak. So I hope these pictures might tell you a story :)














Wednesday, December 18, 2013

Tak sangka rasanya

Hello, hello, hello. 
Now I'm in semester 2. Sedih lah juga, actually I nak kelas sama tapi dah full. So I and lagi dua orang kawan pun register the same class. So kelas sekarang ada around 26-27 students. Tak ingat. Tapi...! Cuma ada 7 orang je yang 18 tahun dan yang lain semua 19-20 tahun sebab semua dari pra-dip and againnnnn aku seorang je yang dari selatan. Tahniah kepada diri sendiri kerana jadi lain dari yang lain buat kali kedua.

Okay, skip skip skip.

Ni nak cerita pasal semester lepas punya result. Sem lepas aku ni tak pernah dalam sejarah datang kelas on time. Paling awal lambat 10 minit kalau tak 15 minit ke atas lah kan. Tapi kalau masuk tapi tak ada lecturer lagi, maksudnya lecturer tu lah lambat. Haha. Pastu assignment mesti last minute punya baru nak buat. Tidur je memanjang, kalau tak lepak bilik member then balik bilik untuk tidur. Selalu lepak library bukan nak study, tapi untuk tidur atau Wi-Fi. Senang cerita memang pemalas lah sebab aku memang tak minat dengan course aku ambil ni. 

Waktu final, aku tidur tidur tidur. Kalau ada gap a few days between paper, aku akan static dekat satu page and one night before paper tu baru nak rush study. Aku ni jenis stress sikit, terus stop study. Menyampah nak mampuihhh dengan perangai sendiri. Tapi memang paper yang aku target memang kena repeat, paper IMD111 dengan IMD113. IMD111 ni pasal APA, MLA apa benda entah. Subject ni aku memang bengong sangat. IMD113 pula sama je noob dia, sebab aku IT ni memang macam duduk zaman purba tak tahu apa. Tahu sikit2 buat syarat. 

Disebabkan redha nak repeat paper, aku pun tak focus lah dua subject ni Baca pun tak ikhlas. Haha. IMD111, paper dia 3 jam dan aku jawab sejam. Dengan confidentnya aku keluar sebab aku tak tahu apa jadah kertas tu nak dari aku. Lecturer siap bagi peluang fikir nak keluar atau nak sambung jawab. Aku cakap lah nak keluar. Haha. 

Paper IMD113 ni memang tak senonoh sikit. Masuk dewan tangkap gambar. Vaining sorang2. Paper 3 jam. Aku jawab part A dengan part B dalam setengah jam. Then Part C essay tak ada pilihan. Aku rasa nak maki je kertas. Haha. So aku tidur la dalam setengah jam. Then aku bangun, aku mengarut lah buat essay ikut logic aku sampai 2 page. Then aku ingat aku tulis dah lama sangat. Rupanya baru 20 minit. Aku ikat paper semua, aku blah terus tinggalkan dewan. Sebab paper last kan. Jasad je ada dekat situ, fikiran apa semua dah dekat rumah.

IMD111 tu memang carry mark teruk gila, nampak sangat bengong dia. Tapi lagi bengong carry mark IMD113. 16% over 40%. Noob segala noob dah. Haha. Lepas balik apa semua. Memang tak fikir apa. Fikir nak relax je. So hari yang result keluar, aku pun dah ready. Then lupa yang aku tak buat iLearn untuk lagi dua subject. Aku pun rush buat sebelum pukul 12 malam. Lepas aku dah buat tu, aku skype lah dengan amin. Tunggu result. Nervous gila tak tipu.

Aku tunggu sampai 3 pagi. Result tak ada. So last sekali tidur la. Esok pagi around 11am Amin call cakap result dia dah dapat. Aku suruh dia check aku punya sebab aku malas nak buka laptop and aku tak sabar nak tahu result aku. Bila amin tanya "dah ready nak tahu?", aku dah ready dengan seikhlas hati. So Amin sebut subject per subject. Bila IMD111 tu result B-, aku macam rasa tertipu dengan dunia. Haha. Then IMD113 boleh pulak B walaupun carry mark macam haroommmm. Score full mark ke apa final paper. Haha. Malam sebelum result tu, aku asyik cakap dekat amin. Aku harapakn 2.5-2.8 je CGPA, sebab aku tak minat course ni. 

Orang kata, kalau kita buat something tak ikhlas, tak berjaya lah benda tu. So aku pun harapkan CGPA dalam 2.5-2.9 la. Then bila amin cakap pointer aku above 3. Gila tak terkejut. Aku rasa kena tipu dengan dunia buat kali kedua. Haha. Aku bangun on laptop sendiri untuk check. Memang betul above 3 pointer. Gila tak seronok.

Aku pun call ayah aku, ayah aku suka la sebab tahu aku ni pemalas. Bebel pun tetap malas. Haha. Then call mak aku, mak aku cakap "Congratulation kakak, tak sangka. Orang pemalas pun boleh dapat 3 pointer. Ni sem depan kalau tak malas ni boleh dah jadi Dean List". Haha. First, memang aku tak suka course ni. Second, aku malas masuk kelas belajar hafal apa semua. Third, aku tak serious time final. Tapi Alhamdulillah sangat2 sebab result okay.

This sem ada lah aku berubah sikit. Datang kelas awal sentiasa. On time! Assignment siap a few days before dateline. Hafal benda yang pernah belajar sebelum masuk kelas. Supaya kalau kena tanya, tak ada lah malu sebab noob ke apa. Haha. Ada perubahan lah juga. Bagus sekarang ni *puji diri sendiri*.

InsyaAllah, this sem aku akan maintainkan 3 pointer and above and InsyaAllah aku akan try jadi Dean List. Sem ni baru lah hati ni terbuka sikit untuk course ni. Maybe Allah nak tunjuk yang aku ni ada otak tu (maksud aku ada lah pandai tu) cuma aku je tak nak gunakan elok2. 

Result SPM aku teruk kot. Tak ada lah teruk mana. Haha. Tapi masuk U, gila tak sangka la result okay apa semua. So betul cakap cikgu aku, tak semestinya result SPM teruk tak berjaya dekat U. Sebab ramai je result SPM gempak, dekat U tak gempak. Sama je dengan budak result SPM teruk dekat U atau lagi teruk. 

InsyaAllah, sem ni akan lebih baik dari sem lepas. Amin ya rabalAlamin. 

Salam :)

Tuesday, August 6, 2013

UiTM Machang!

Hello
Sorry for being M.I.A for more than a month now. As I'm busy with my studies. No more complaining , high school days are over! Obviously I need to be more triple serious than before. blurgh, I wish!

June 23rd, 2013. The day I registered as UiTM machang's student. Alhamdulillah everything turns out well. Its been more than a month now. It's quit difficult for me at first cause I hardly understand kelantan dialect . Well I hardly understand em' till now. Lol. Btw. my course is Information Management and yeah the studies are not as easy as the school days. Two times harder I think . I'm taking 6 subjects and yes I admit all of the subjects is not as easy as I think. So enough talking... So here are some pictures :D

UiTM Machang 


Okay ni gambar dekat block D *picture from google*


If I'm not mistake, this is from THO's college


Whoop!


Well, I tried to google TDM's college which is my college. tak jumpa pulak. lol


Sempat took one picture dalam kelas


Ni muka tak mandi, zaman krisi air. lol


Glad that I have my ex schoolmate here! Introduce you , this is Sola


Me with le my MekNab. Okay her name is nabila. Kecil orangnya, cute bila kecek kelantan and she's funny.


Meet Fuzz. Haha. She talk so loud like me. *High Five*